Nano White awakening snow wash

Hello !! Hari ni aku nak cita pengalaman aku pakai pencuci muka drpd jenama nano white. Siapa yg tak kenal dngn jenama tu & duta dia yg cantik Juliana Evans tuww~~~ Kalau tngk harga utk produk ni bagi aku agak mahal sebab aku ni still student mna nak cari duit beli mahal2 ni mkn pasir la jawabnya nanti... ok disebabkan aku suka tukar2 pencuci muka sebab kononnya nak putih la kan padahal dah tahu semua indah khabar dari rupa tapi nak buat mcm mna aku ni orng yg senang terpengaruh. Aku rasa perempuan lain pon sama jgak kot kalau dlam bab skin care ni. ok what ever membebel plak kan. So barang yg aku beli ialah nano white awakening snow wash mcm dkat dlam gambar bwah ni.


Gambar ambik dari internet ja sebab nama ponn pengalaman mestilah dah habis aku guna. walaupun sebenarnya aku bagi ja dkat kwan aku sebab tak sesuai dngn kulit aku. ok tu kejap lagi aku cita. wkt first sebelom aku gi beli nano white tu aku buat research dulu dkat blog2 yg lain tentang nano white ni & semua review diaorang positif. aku pon jadi tertarik la walaupon sebenarnya lain orng lain jenis kulit. pastu plak aku tngk harga dia belas2 ja sebetol. selalunya aku akn buka laman web watson & guardian kalau nak beli pencuci muka ni. sebab dua kedai tu ja yg dkat dngn rumah aku~~ first tu aku fikir nak beli satu set lengkap dngn toner & moisturizer tapi mak aku marah. dia kata buat apa beli byk2 dah la mahai membaziaq ja! hg tu bukannya artis nak lawa2!! 😰 aku pon beli satu ja.

Lepas berapa hari ja aku pakai kulit aku jadi kering walaupon dia dah tulis dekat botol tu yg pencuci muka tu tak akan buat kulit muka kering. Hmm aku terpedaya lagi 😭. Tekstur cleanser ni pekat gila & kasar. Bau dia macam ubat & warna putih. 
So lepas beberapa hari aku pakai cleanser ni aku terus stop sebab tak kan nak bagi kulit bertambah terok kot.. kulit aku kot~~ So maybe utk sesiapa yg kulit kering jngn try la kot ataupon korang cek dulu ingredient yg tertulis dkat botol tu. Sebab lain orng lain kulit. Mana la tahu ada orng yg kulit kering sesuai dngn nano white ni. Kang tak pasal2 aku kena maki😅. Aku just jujur sebab aku harap orng lain boleh ambik iktibar. ok bye!

Comments

  1. Same with me. Saya pakai pun kulit mengelupas and jadi kering. Tapi jerawat kurang. Cuma tak best lah nak guna lagi sebab kulit jadi kering. Wuarghhh ! Dah taktahu nak guna produk apa lagi. Haiyaa.

    ReplyDelete
  2. Dulu saya pakai pencuci nano white fresh, kulit jadi kering dan kusam. Lepas tu tukar nano white yang ni. Alhamdulillah..sesuai dgn kulit saya. Pori muka mengecil, kulit licin n glowing je. Mungkin ikut jenis kulit jugak la.

    ReplyDelete
  3. saya tak pasti kulit saya okay ke tak pakai yang ni. saya saya baru pakai tiga hari ni rasa macam kering je. arghhhh harap okaylah kalau pakai nano white ni penat lah woi nak cari produk baru

    ReplyDelete
  4. jerawat sya mkin brtmbah bla pkai nano white nie😡😤

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat nir..sye gne nano white..alhmdulillah la..kulit sye x kering..mmg la product tu dye kering kn kulit..klu kowg gne pelembabb loreal revitalift paris..insyallah..kowang x rse kulit kowg trlalu kering..

      Delete

Post a Comment

Popular Posts